Mencintai Rasululloh

*MENCINTAI BAGINDA ROSULULLOH ﷺ DENGAN MENGENALI AKHLAK MULIA ROSULULLOH ﷺ*

1. Baginda selalu diam.

2 . Berbicara ketika perlu.

3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).

6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

7. Berfikir terus-menerus.

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10 . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

11 . Marah bukan kerana nafsu.

12 . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

13 . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

14 . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

15 . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

16 . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

17 . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

18 . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.

19 . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma’siat.

20 . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21 . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

22 . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

23 . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

24 . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, sombong & segala yang tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki keturunan orang lain.

26 . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

27 . Perbicaraannya memukau siapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

28 . siapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

29 . siapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

30 . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membedakan di kalangan mereka.

31 . siapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

32 . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

33 . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ‘ilmu, sikap malu & shobar serta amanah.

34 . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

35 . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

36 . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

37 . Paling berlapang dada.

38 . Paling tepat dalam berbicara.

39 . Paling halus keperibadiannya.

40 . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

Perbanyakkan Sholawat pada Nabi..dengan mengikuti aturan2Nya yg telah dicontohkan,,

Iklan